Produk sunnah - Ignius Luban untuk anak anda dan ibu mengandung

08:54:001 Komen

Perlancaran produk I G-Nius Luban


I G-Nius luban telah dilancarkan pada 15 ogos 2016 buat julung kalinya di sebuah Madrasah tahfiz di Klang, Selangor.
Dimana produk ini yang dikenali sebagai I G-Nius yang berasaskan makanan sunnah iaitu luban. Ini adalah satu-satunya herba makanan sunnah di malaysia yang diformulasikan dalam bentuk jus.




MHS Mahakarya Resource selaku pengeluar produk ini telah melakukan pembangunan dan penyelidikan (r&d) bagi produk selama setahun sebelum ianya dikormersialkan di pasaran tempatan. Ianya bermula daripada salah seorang ahli keluarganya yang bekerja di jordan yang menyedari tentang khasiat yang ada dalam luban dan mempengaruhi syarikat ini untuk membantu dan menyedarkan masyarakat malaysia bahawa makanan sunnah dari luban ini amat memberikan seribu kejayaan.



Poster IGNIUS

Inilah rahsia bagaimana ahli tahfiz di Jordan sangat kuat ingatannya dlm mempelajari quran, begitu jua kehebatan I G-Nius luban. ini mahu ditunjukkan oleh pengasas yang lebih dikenali sebagai hamka kepada anak anak dan ibu yang mengandung di malaysia.

(pohon luban yang banyak di kawasan-kawasan beriklim panas seperti oman, yaman, mesir, egypt dan sebagainya.)




Apakah keistimewaan luban?

  •  Salah satu makanan sunnah yang menjadi warisan sejak turun temurun.
  •  Meningkatkan keyakinan diri.
  •  Meningkatkan tahaptumpuan pada pembelajaran.
  •  Menyuburkan niat anak-anak dalam mnghafal semua subject dan al-quran
  •  Meninggikan kecergasan dan ketajaman akal.
  •  Merawat saraf lidah untuk memudahkan masalah pertuturan.
  •  Amat sesuai pada anak yang lemah daya ingatan dan hafalan.
  •  Dapat mngelakkan daripada serangan kanser.



(ini adalah sebahagian daripada luban atau dikenali sebagai boswellia thurifera .)



Kandungan I G-Nius telah disahkan oleh pihak KKM. Antara bahan yang digunakan ialah ekstrak dari kurma, buah delima, buah tin, gam arab, badam, habatus sauda, madu dan kismis.


Pencarian ejen dan stokis I G-Nius luban


Adakah anda mencari peluang bisnes yang boleh menjana pendapatan yang lumayan dan berterusan?
Rebutlah peluang menjadi pengedar dan stokis produk I G-Nius kami yang sah sekarang dengan modal permulaan yang sangat rendah!

Keratan Akhbar



Promosi & tawaran berganda.

  1.  hadiah menanti bagi stokis yang berjaya mngandakan jualan.
  2.  berpeluang menikmati aktiviti menarik seperti melancong, beriadah
  3.  macam-macam lagi yang ekslusif bersama kami.


Jika berminat, hubungi kami segera!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Website: www.Ig-nius.Com
Facebook rasmi:  ig-nius hq
Instagram : #igniushq
Email: mhsmahakarya@gmail.Com

1 comments:

BUKU - Cara Rasulullah Dalam Mendidik Anak

09:42:000 Komen

Cara Rasulullah Dalam Mendidik Anak


Synopsis :

Rasulullah saw pernah bersabda, "Setiap anak yang baharu dilahirkan adalah suci. Ibu bapalah yang menjadikannya sebagai Yahudi, Majusi atau Nasrani".

Hadis ini menegaskan bahawa setiap anak yang dilahirkan itu ibadat kertas putih yang mempunyai satu warna dan bersifat bersih. Ia tidak mempunyai dosa, kesalahan dan keburukan. Namun cara didikan ibu bapa boleh menyebabkan karakter anak menjadi pelbagai warna seperti beperangai buruk, tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dan tidak mahu berbakti kepada Allah swt.

Oleh itu, buku ini disusun secara khusus buat ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka sejak di dalam kandungan lagi sehingga berusia 18 tahun sesuai denganh tuntutan Rasulullah saw. Cara baginda mendidik anak pastinya bersumberkan wahyu dari Allah swt. Apa yang pasti didikan tersebut amat mudah dan terbukti paling efektif untuk diterapkan dalam mendidik anak-anak di masa kini.


0 comments:

Tips Memantau Aktiviti Internet Anak Anda

03:00:000 Komen

Anda tidak mahu menghalang anak-anak anda dari aktiviti Internet dan penggunaan telefon pintar, tetapi anda mahu memastikan mereka selamat semasa mereka berada situasi tersebut. Ikuti sedikit tips dari MB untuk memantau aktiviti anak anda atas apa yang mereka lakukan di Internet.




Pastikan komputer / laptop berada di luar dari bilik tidur.


Dengan meletakkan komputer rumah anda dalam ruang tamu dan bukannya di dalam bilik tidur anak anda, anda akan dapat memantau dan melihat  apa yang mereka lakukan. Letakkan komputer di dalam bilik tidur anda atau di dapur supaya senang mengawasi anak anda. Pergerakan mereka lebih terbatas.


Tetapkan peraturan


Berbincang dengan anak-anak anda secara terbuka mengenai bahaya Internet (jenayah siber), serta kepentingan privasi / tingkah laku yang sesuai. Biarkan mereka tahu bahawa anda  memantau aktiviti internet mereka, telefon bimbit dan aktiviti pesanan ringkas. Ini akan membuatkan mereka lebih berhati-hati bila menggunakan internet.


“Rakan” mereka


Adakah anak-anak  anda menghabiskan banyak masa di Facebook? Menjadi rakan Facebook mereka untuk memerhatikan interaksi sosial mereka adalah cara yang terbaik. Jika anda membenarkan anak anda  untuk menggunakan laman media sosial, pastikan bahawa anda mempunyai kata laluan akaun mereka supaya anda tahu aktiviti talian mereka. Di Facebook pelbagai maklumat dan gambar boleh diperolehi, kawal supaya anak anda tidak kemaruk dengan Facebook.

Gunakan program pemantauan


Melanggan program pemantauan atau perkhidmatan seperti SpectorSoft, SafetyWeb, atau program lain. Jenis-jenis perkhidmatan ini membolehkan anda untuk menyekat laman web tertentu, log aktiviti dan merekodkan semua  sejarah Internet yang digunakan. Dengan beberapa program yang ada di pasaran anda juga boleh melihat apa yang anak anda lakukan dalam talian pada masa sebenar, manakala perkhidmatan lain akan memberitahu anda mengenai aktiviti yang mencurigakan.

Cyberbullying, berlakunya kecurian identiti dalam talian adalah bahaya yang sebenar. Walau bagaimanapun, dengan ketekunan dan komunikasi, anda boleh memantau aktiviti dalam talian anak anda dan melindungi mereka sebanyak mungkin. Maklumlah teknologi semakin canggih dan banyak juga aktiviti yang tidak bermoral di dalam internet. Dikhuatiri anak-anak anda terjebak dalam penyalahgunaan internet.

0 comments: