Tips Memantau Aktiviti Internet Anak Anda

03:00:000 Komen

Anda tidak mahu menghalang anak-anak anda dari aktiviti Internet dan penggunaan telefon pintar, tetapi anda mahu memastikan mereka selamat semasa mereka berada situasi tersebut. Ikuti sedikit tips dari MB untuk memantau aktiviti anak anda atas apa yang mereka lakukan di Internet.




Pastikan komputer / laptop berada di luar dari bilik tidur.


Dengan meletakkan komputer rumah anda dalam ruang tamu dan bukannya di dalam bilik tidur anak anda, anda akan dapat memantau dan melihat  apa yang mereka lakukan. Letakkan komputer di dalam bilik tidur anda atau di dapur supaya senang mengawasi anak anda. Pergerakan mereka lebih terbatas.


Tetapkan peraturan


Berbincang dengan anak-anak anda secara terbuka mengenai bahaya Internet (jenayah siber), serta kepentingan privasi / tingkah laku yang sesuai. Biarkan mereka tahu bahawa anda  memantau aktiviti internet mereka, telefon bimbit dan aktiviti pesanan ringkas. Ini akan membuatkan mereka lebih berhati-hati bila menggunakan internet.


“Rakan” mereka


Adakah anak-anak  anda menghabiskan banyak masa di Facebook? Menjadi rakan Facebook mereka untuk memerhatikan interaksi sosial mereka adalah cara yang terbaik. Jika anda membenarkan anak anda  untuk menggunakan laman media sosial, pastikan bahawa anda mempunyai kata laluan akaun mereka supaya anda tahu aktiviti talian mereka. Di Facebook pelbagai maklumat dan gambar boleh diperolehi, kawal supaya anak anda tidak kemaruk dengan Facebook.

Gunakan program pemantauan


Melanggan program pemantauan atau perkhidmatan seperti SpectorSoft, SafetyWeb, atau program lain. Jenis-jenis perkhidmatan ini membolehkan anda untuk menyekat laman web tertentu, log aktiviti dan merekodkan semua  sejarah Internet yang digunakan. Dengan beberapa program yang ada di pasaran anda juga boleh melihat apa yang anak anda lakukan dalam talian pada masa sebenar, manakala perkhidmatan lain akan memberitahu anda mengenai aktiviti yang mencurigakan.

Cyberbullying, berlakunya kecurian identiti dalam talian adalah bahaya yang sebenar. Walau bagaimanapun, dengan ketekunan dan komunikasi, anda boleh memantau aktiviti dalam talian anak anda dan melindungi mereka sebanyak mungkin. Maklumlah teknologi semakin canggih dan banyak juga aktiviti yang tidak bermoral di dalam internet. Dikhuatiri anak-anak anda terjebak dalam penyalahgunaan internet.

0 comments: